Sunday, June 20, 2010

A Special Day for Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua peminat tuan tanah. haha. Perasan? Ada tuan tanah kisah? Seperti biasa, bertemu kita lagi dalam ruangan belog tuan tanah yang agak emosional sejak dua menjak ni. Well, stended cated la bila susah baru rasa nak minta tolong kan? Bila senang nak mintak tolong hape? Ok entry kali ini bukan entry rungutan atau entry luahan perasaan yang ntah hape hape dari tuan tanah kedaung belog ini. Entry kali ni hanya pasal Abah saya. Yes, Abah saya yang bernama Encik Jalaluddin bin Salim.


Bila sebut Abah, bila teringat Abah, hati tuan tanah agak sayu la. Bila difikirkan, diingatkan kembali ntah bila la kali terakhir Abah marah tuan tanah ni. Abah memang bukan seorang pemarah, perungut atau tukang bebel dalam rumah. Dia adalah insan paling berusaha untuk memuaskan hati orang dalam rumah. Okay specific sket. Dalam umah ni hanya ada Abah, Mak, Abang dan Tuan Tanah. Abah selalu masak untuk kami. Tak kira la sarapan, makan tengah hari, makan malam. Ntah kenapa. Bila orang cakap makanan air tangan ibu paling sedap, tuan tanah berani kata air tangan Abah paling sedap. Abah korang pandai ke masak ikan bawal sweet sour? atau bihun singapore yang dihidangkan sekali dengan ayam goreng tepung? haha hade?


Dalam pada tuan tanah selalu rungut bila terasa ketidak adilan layanan oleh Abah didalam rumah antara tuan tanah dan abang, bila nak marah itu hanya sekejap. Tak sampai hati. Bila orang kata jangan buat ibu menangis, tuan tanah lebih rasa tak nak buat air mata Abah tumpah. Jadi segala rungutan atau sakit hati itu tidak kekal kerana memikirkan Abah. Abah itu hero. Tuan tanah pasti setiap orang akan kata ayah kita, hero kita. Tuan tanah takkan menidakkan statement itu. Misalnya dengan situasi mak tuan tanah yang tak begitu mampu untuk membuat kerja rumah, Abah akan terus masak atau tapau makanan sebaik saja pulang ke rumah selepas waktu kerja. Pagi pun serupa. Akan cuba masakkan sesuatu untuk kami sekeluarga sarapan.


Abah tuan tanah orang yang kuat. Tak pernah kenal erti penat. Sentiasa mencari jalan untuk memberi kesenangan kepada kami sekeluarga. Paling penting, dia lah orang yang akan cuba meneutralkan keadaan tegang dalam rumah. Pernah waktu dia sakit, air mata Abah tumpah. Dia menangis mengeluh kenapa dia menyusahkan anak anak dia. Waktu tu tuan tanah hanya mampu tahan air mata sendiri. Sebab tuan tanah tahu Abah bukan orang yang cengeng. Bila dia menangis itu maknanya sudah tak tertahan emosinya.


Pagi tadi tuan tanah terjumpa satu quote yang menarik.

"The most important thing a father can do for his children is to love their mother"



Terima kasih Abah sebab tak putus putus menyayangi mak, membantu mak membuat kerja rumah tanpa rungutan, melayani kerenah mak tanpa lelah, dan paling penting tak pernah meninggalkan mak dalam apa jua keadaan. Betapa bangganya adik bila bercerita pasal Abah pada orang lain. Sebab tak semua Abah dalam dunia ni macam Abah adik. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada institusi keluarga kita. Terima kasih kerana mempercayai anak anak mu ini dengan membenarkan kami mencorak sendiri warna warna yang kami mahu dalam kehidupan kami. Terima kasih tak terhingga kerana menerima mak dan anak anak Abah seadanya serta bersabar dengan kerenah kami. Tiada orang lain boleh ganti tempat Abah. Biarlah kalau Abah orang lain boleh beri segala kemahuan anak anak dia, boleh beri wang ringgit, boleh beri kebebasan 100%, tapi Abah tetap Abah yang paling istimewa dalam hidup Adik. Adik hanya mampu berdoa agar Abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan keluarga kita sentiasa bahagia. Amin. Itu sudah cukup.


Selamat Hari Bapa, Abah.

Monday, June 14, 2010

Selfishness

Hai. Kembali lagi bersama tuan tanah blog nih. Sejak dua menjak ni tuan tanah dah publish kan blog ni kat pesbuk. Jadi bertambah ramai (perasan kejap) yang baca blog tuan tanah yang dah bertahun tahun ni. Baru nak baca ke wey? Ada juga yang comment macam haram, its my blog, apa tuan tanah nak kata, tuan tanah type je kat sini. Kalau tak suka, sila hala kan cursor anda ke atas bucu kanan anda dah klik saja butang X berwarna merah. FOC. TIADA BAYARAN. hiks


Kali ni tuan tanah nak minta maap pada semua. Tuan tanah dah banyak menyusahkan orang sejak dua menjak ni. Ya, hidup tuan tanah sejak dua menjak ini tidak la begitu teratur. Tapi itu bukan tiket untuk tuan tanah mengambil kesempatan terhadap kawan kawan untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada tuan tanah. Tidak! tuan tanah bukan begitu.


Tapi sebagai manusia biasa, tuan tanah tak terlepas dari mempunyai sifat mementingkan diri. Ye, tuan tanah agak mementingkan diri sendiri sejak dua menjak ni. Sampai tuan tanah lupa nak tanya perkhabaran kawan kawan yang lain. For that, I'm truly sorry. Hard times babe. Hampir gila? Ye juga.


Lately kawan kawan tuan tanah dah mula mengambil langkah setapak lagi kehadapan walhal tuan tanah terhegeh hegeh lagi memberhentikan setiap langkah. Serapat mana kita dengan kawan kawan, they will move on. Yes I am being selfish bila I dah mula rasa dijadikan sekadar Plan B kepada mereka. Sorry to say. Tapi if tuan tanah kat tempat diorang pun, mesti la akan buat cmni.


Rasa tak secure tu dah banyak kali tuan tanah rasa. They have moved on. I should move on too. Berubah untuk kebaikan dan mengambil langkah seterusnya. Bukan stuck kat takuk lama. I believe that I will move on. Cuma ntah bila. Apa yang tuan tanah mahu sekarang hanyalah ketenangan. Insya Allah, I'll be fine. Im a tough one dude. Yes cengeng sometimes.

To all my bestfriends, this is for u. thank you.


I hope that days come easy and moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

More then anything, more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more then you take.

Oh More then anything, Yeah, and more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.